Terdapat kemungkinan konflik kepentingan diri dalam arahan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menguatkuasakan penggunaan kotak ikan berinsulasi tinggi, kata Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Lau Hoi Keong.
Kotak ikan itu menjadi isu ekoran harganya yang mahal lalu ditentang sesetengah pengimport kerana tidak mahu membebankan pengguna. Kotak itu dibekalkan oleh pengedar tunggal KF Marketing Sdn Bhd.
Lau dipetik Malaysiakini sebagai berkata, ada konflik kepentingan diri dalam arahan berkenaan kerana pengarah bahagian pemasaran LKIM Mohari Mohammad Tamin adalah salah seorang anggota lembaga pengarah KF Marketing itu.
Nampaknya kesungguhan melaksanakan penggunaan kotak itu yang melonjakkan harga ikan tanpa sebab (kecuali kerana kos kotak itu) tidak dapat disembunyikan lagi dan menteri berkenaan akanmerah padam mukanya apabila ikan dalam kotak berinsulasi itu mulai berulat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang mempertahankan habis-habisan LKIM menguatkuasakan penggunaan kotak ikan itu, yang ternyata ada udang di sebalik batu yang memang sekadar menaikkan harga ikan dan membebankan rakyat.
Namun belum sampai seminggu penguatkuasaannya, rupanyer ada ketam di sebalik ikan dan Noh terpaksa menelan kata-katanya apabila perut ikan mulai pecah kerana kotak berkenaan kurang baik insulasinya.
Noh akan menafikan pembabitannya, namun baunya akan terus membusuk kerana ia mula berulat. Bagaimanapun Noh bukan setakat mempertahankan kotak itu, malahan sebaliknya menyalahkan ikan-ikan yang ditangkap itu.
0 comments