Belumpun sempat menadah tangan berdoa memohon pada Allah agar bumi Kelantan dibasahi hujan ekoran kemarau, tiba-tiba hujan turun membasahi Mursyidil Am TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para pembesar yang sedang menunaikan solat sunat istisqa di Padang Perdana Kota Baharu.
Ribuan rakyat serta Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Exco dan pegawai kanan kerajaan ditimpa hujan semasa sedang solat pada rakaat pertama solat istisqa itu yang diimami Menteri Besar pada kira-kira jam 8.30 pagi.
Hujan berhenti selepas selesai solat sunat tersebut. Semua kelihatan basah kuyup.
Solat Istisqa itu kali kedua diadakan di Kelantan selepas diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.
Ini yang buat Awang Adek dan Mustaph Mohamad kuyup kerana terkencing!