Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - RAMLI DIBEBASKAN TANPA MEMBELA DIRI

Datuk Ramli Yusuff, pemimpin ketiga tertinggi dalam pasukan PDRM dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan gagal mengisytiharkan harta ekoran pendakwa gagal membuktikan prima facie terhadap kes.

Pendakwa SPRM (dulu BPR) gagal membuktikan tanpa keraguan dalam kes yang menarik perhatian ramai dan dibicarakan lebih dua tahun setengah itu. Ramli adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) semasa dihadapkan kes itu.

Demikian diputuskan oleh Hakim M Gunalan.

Sebanyak 35 saksi pendakwaan memberikan keterangan pada perbicaraan kes itu termasuk dua adik Ramli, Roslina dan Rohmah, serta rakan Ramli iaitu Datuk Ling Keak Ming, yang membantu dua beradik memperoleh dua lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur.

Ramli, 57, dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua lot pejabat itu bernilai RM1,032,840.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Putrajaya pada 17 Sept, 2007.

Ramli memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau hampir kehilangan segala-galanya termasuk kerjaya dan reputasinya.

"Saya tidak menerima gaji atau pencen sejak 2008. Saya perlu membina semula kehidupan saya.

"Saya kasihankan anak perempuan saya, adik-adik saya dan bapa saya kerana terpaksa turut melalui tempoh yang sukar ini," kata Ramli yang telah membuka sebuah firma guaman.

Ketua Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa memberitahu pemberita bahawa pihak pendakwaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers