Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - isu Dun Perak - SIVAKUMAR TETAP AKUI SEBAGAI SPEAKER


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengeluarkan notis hanya kepada 54 daripada 59 wakil rakyat bagi menghadiri Sidang DUN pada 30 Mac ini.

Adun Tronoh itu berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dipanggil menghadiri sidang itu kerana pengantungan selama 18 bulan berkuatkuasa pada 3 Mac 2009 masih berjalan.

Katanya, enam lagi exco yang digantung selama 12 bulan daripada menghadiri Sidang DUN sudah tamat tempoh pengantungan dan dibenarkan hadir. "Tiga Adun Bebas juga tidak dipanggil menghadiri Sidang DUN kali ini kerana saya sudah menerima surat perletakan jawatan mereka pada Februari 2009.

"Mahkamah juga belum memutuskan sama ada mereka masih wakil rakyat yang sah kerana semakan kehakiman yang difailkan oleh saya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya belum dibicara," katanya pada sidang media.

Sivakumar juga menegaskan beliau masih Speaker yang sah kerana usul perlucutan Speaker dan usul pelantikan Speaker baru pada 6 Mei 2009 sudah ditolak oleh beliau ketika Sidang DUN 7 Mei belum diadakan.

Bahkan, katanya, pelantikan Datuk R Ganesan pada Sidang DUN pada 7 Mei tidak sah kerana dilakukan ketika beliau (Sivakumar) masih duduk di kerusi Speaker manakala Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang mempengerusikan prosedur pelantikan tidak dibenarkan memasuki Sidang DUN kerana sudah meletak jawatan.

"Pelantikan Ganesan juga dibuat sebelum titah perasmian oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan ini melanggar peraturan mesyuarat kerana perkara pertama dalam sidang perasmian ialah titah perasmian, bukan perkara lain.

"Ganesan juga tidak meletak jawatan sebagai peguam dalam tempoh tiga bulan selepas 'dilantik' pada 7 Mei 2009," katanya.

Sivakumar berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang mengatakan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah tidak kena-mengena dengan jawatannya sebagai Speaker atau kedudukan Ganesan.

Katanya, mahkamah menentukan Zambry sebagai Ketua Kerajaan dan beliau (Sivakumar) adalah Ketua Legislatif dan masih memegang jawatan sebagai Speaker yang sah.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers