Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 101 aduan mengenai laman web atau blog yang menyiarkan kandungan yang lucah, maupun mengancam.
Aduan itu dibuat berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi tempoh Januari hingga 23 Februari lepas.
Sebanyak 58 aduan kerana kandungan lucah dan 43 aduan bagi kandungan mengancam serta jelik, termasuk laman web atau blog yang menghina sultan.
Daripada jumlah itu, 15 kes aduan sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala 63 kes disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta.
Terdapat enam kes pendakwaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan kandungan laman web atau blog, demikian Dewan Rakyat diberitahu.
0 comments