Semua pihak yang dilantik membina Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) GAGAL mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak menjadi punca kejadian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun tahun lepas, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
"Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya ketika mendedahkan laporan kertas siasatan kejadian itu.
Bagaimanapun, kataberkata, kontraktor utama adalah pihak yang bertanggungjawab penuh kerana telah mereka bentuk, membimbing dan membina struktur kerangka bumbung SMZA mengikut terma syarat reka dan bina.
Ahmad berkata punca utama bumbung stadium berkenaan runtuh adalah berikutan bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi, faktor reka bentuk yang tidak memadai dan bumbung yang tidak dibina dengan sempurna.
Beliau berkata kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek serta pengawasan yang lemah semasa proses pembinaan stadium dan faktor kekurangan pekerja mahir juga menyumbang kepada kejadian tersebut.
Selain itu, Ahmad berkata kekurangan jurutera pakar dan konsultan yang berpengalaman selain sikap ambil mudah dan cuai di semua bahagian turut menjadi punca kepada kejadian itu.
0 comments