Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - MANOHARA DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM6 JUTA

Manohara Odelia Pinot dan ibunya diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar ganti rugi RM6 juta kepada Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, dalam kes fitnah melibatkan tuntutan RM105 juta yang difailkan putera Sultan Kelantan itu terhadap mereka.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din membuat keputusan itu dalam kamar.

Peguam yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, Mohd Haaziq Pillay memberitahu pemberita bahawa Noordura menetapkan RM2 juta sebagai ganti rugi teruk, RM2 juta bagi ganti rugi teladan dan RM2 juta lagi bagi ganti rugi pampasan, selain faedah lapan peratus dari tarikh saman difailkan sehingga bayaran itu dilunaskan.

Beliau berkata mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi itu selepas mengambil kira keadaan latar belakang kes itu, kedudukan tinggi Tengku Muhammad Fakhry dan tahap dakwaan yang dibuat oleh Manohara dan ibunya Daisy Fajarina terhadap putera diraja Kelantan itu.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kedua-dua wanita itu telah secara palsu dan jahat memfitnah beliau apabila mereka mendakwa pada satu sidang akhbar antara April dan Jun 2009 bahawa Manohara telah didera.

Pada 5 November 2009, beliau memperoleh perintah ingkar terhadap Manohara dan Daisy setelah mereka gagal melantik peguam bela baru bagi kes berkenaan selepas peguam mereka menarik diri daripada mewakili mereka.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers