Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - isu royalti minyak - MALAYSIA KE ARAH 'MALAYAN UNION'

Tengku Razaleigh Hamzah, menyamakan Malaysia di bawah pentadbiran Umno/Barisan Nasional sekarang mirip Malayan Union — sistem pentadbiran yang digerakkan British tetapi ditentang hebat oleh orang Melayu, lebih enam dekad lepas.

Sehubungan itu, katanya, kajian semula tata urusan antara kerajaan persekutuan dan negeri amat diperlukan untuk mengembalikan “hak berperlembagaan” negeri yang dilucutkan sejak kebelakangan ini.

“Putrajaya bertindak seperti kita sebuah negara kesatuan dan bukannya persekutuan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang ini pada forum umum mengetengahkan hubungan antara persekutuan dan negeri anjuran Majlis Peguam di sini.

“Secara ironis, dari segi amalan kita menjadi Malayan Union yang mana generasi terdahulu membantah dan menewaskannya,” katanya sambil menambah, kerajaan persekutuan merampas kuasa-kuasa negeri dan mengawal ketat sumber-sumber negeri, malah haknya untuk menentukan bagaimana agama boleh diamalkan.

'Ini tidak berperlembagaan dan mesti ditahan dengan segera sebagaimana Malayan Union ditentang dengan penuh bertenaga".

Dalam jangka panjang Malaysia tidak boleh berdaya maju sebagai sebuah negara kesatuan,” kata veteran Umno ini kepada hadirin yang termasuk duta-duta, antara dari Kanada dan Belgium.

Beliau menekankan bahawa kesimbangan kuasa antara persekutuan dan negeri adalah mengecewakan dan kini memihak kepada kerajaan pusat, serta “tertumpu dalam tangan perdana menteri”.

Sehubungan itu kata beliau, kajian untuk mengembalikan keseimbangan sangat diperlukan.

Tambah Tengku Razaleigh, perkara itu boleh dilakukan sama ada menerusi undi di dewan undangan negeri ataupun menerusi Majlis Raja-raja Melayu.

Beliau yang bertanggungjawab dalam soal menubuhkan Petronas mengkritik kerajaan persekutuan pimpinan BN yang terus menafikan hak bagi Kelantan untuk mendapatkan bayaran “royalti” minyak.

Selain penafian itu dihebohkan menerusi akhbar-akhbar, kata beliau, ia diulangi oleh pegawai-pegawai kerajaan yang sewajarnya dilihat dengan serius.

Ini kerana menurut beliau, “kuasa kerajaan persekutuan terhadap sumber-sumber ini, sebagaimana dalam semua perkara lain, adalah satu kuasa yang diturunkan daripada kedaulatan asal setiap negeri.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers