DS Dr Zambry Abdul Kadir ternyata dangkal akal dan cetek pemikiran politiknya apabila mencabar 28 ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat mengosongkan kerusi masing-masing untuk menguji sama ada sokongan rakyat teguh menyokong pembangkang.
Menteri Besar UBN Perak itu ternyata tersepit dengan memberi pandangan seolah-olah orang dewasa yang cuba menipu kanak-kanak apabila tewas bermain guli.
Cadangan Zambry itu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak itu tidak masuk akal langsung. Seeloknya Pakatan Rakyat mencabar Zambry dan kuncu-kuncunya juga agar turut mengosongkan kerusi juga jika benar Umno yakin sokongan rakyat pada mereka telah meningkat.
Pakatan Rakyat tentu akan menyahut gesaan itu seandainya Zambry dan Adun Umno/BN akan turut berbuat demikian,
Zambry berkata,DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan adun pembangkang tidak perlu teragak-agak mengosongkan kerusi DUN masing-masing jika mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.
"Kalau pembangkang rasa popular, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Nizar akan memohon perkenan Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak jika keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada beliau (nizar) sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari.
Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.
"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya.
0 comments