Dah habis dijual kot maka Umno nak jual bangunan Umno Kota Baharu ?
Seorang bekas pemimpin Umno didakwa kononnya mahu menjual bangunan Umno Kota Baharu di Jalan Sultanah Zainab di sini hari ini.
Setiausaha Umno Bahagian Kota Baharu Zulkifli Abdul Ghani membuat laporan polis di Balai Polis Kota Baharu pada 2.45 petang dengan diiringi 50 pemimpin dan anggota Umno bahagian itu ekoran iklan mahu menjual bangunan itu.
Beliau berkata laporan itu dibuat supaya polis menyiasat sepertimana diiklankan dalam akhbar bahawa bangunan itu hendak dijual.
"Ia adalah milik Umno Kota Baharu dan tidak seharusnya dijual," katanya
0 comments