Sekarang kita lihat apa kata juara-juara memekak Umno apabila kerajaan negeri Johor, Pahang dan Perlis yang diperintah UBN tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana tidak dituntut oleh Islam.
Minggu lepas, termasuk TPM TS Muhyidin Yassin memekak menghentam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kononnya membatalkan perarakan Maulidurrasul. Rupanyer negeri dia sendiri (Johor) tak anjurpun perarakan.
Aduhai Umno, berarak lah antara kamu.. sempena Maulidurasul itu. Dan maki hamun lah MB Pahang, MB Johor dan MB Perlis yang kesemuanya beragama Islam dan Melayu itu. Mengapa diam wahai ulama Umno.
Pahang hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan seperti yang diadakan beberapa tahun lepas, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.
'Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak adakan ceramah," katanya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar juga berkata tiada perarakan kecuali diadakan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.
"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.
Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.
"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Jika tidak, kubur hanya dibersihkan pada waktu hari raya sahaja. Perarakan sekali lalu sahaja. Kalau aktiviti kemasyarakatan, ia berterusan," katanya lagi.
Sementara itu, Perlis juga mengesahkan tidak mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya, kata Exco agama Islam negeri Jefri Othman.
"Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.
Mana Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.. takmau komen ke?
0 comments