Seorang buruh ladang warga Indonesia terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya kemalangan dengan Toyota Harrier yang dipandu Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, semalam (Jumaat).
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.55 pagi semasa Rina Kumala, 23, membuat pusingan U.
Beliau berkata lelaki itu yang cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke satu majlis di Rumah Rehat Gerik.
0 comments