Polis menahan reman seorang eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi yang menjadi dalang menjual klip video lucah kepada pelanggan syarikat melalui SMS sehingga berjaya mengaut pendapatan hampir RM11 juta.
Rahsia pemuda berusia 34 tahun itu terbongkar tengah malam tadi apabila dia ditahan polis.
Suspek yang hidup mewah memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan. Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights.
Lelaki terbabit ditahan reman tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan.
0 comments