Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - - POLIS PERANCIS AKAN SOAL NAJIB BERHUBUNG KOMISYEN KAPAL SELAM SCORPENE

Polis Perancis akan mula meminta PM DS Najib Razak memberi kenyataan berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia daripada sebuah firma Perancis, yang dilaporkan membabitkan pembayaran komisyen RM540 kepada kroni beliau.

Menurut portal online FreeMalaysiaToday, dua peguam dari Perancis tiba di Malaysia tiga minggu lepas untuk membincangkan laporan polis yang dijadualkan dibuat di Paris sedikit waktu lagi.

“Semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan berhubung pembunuhan Altantuya dan kapal selam Scorpene itu telah diperolehi," lapor portal itu yang memetik sumber.

Altantuya Shaaribuu ialah seorang penterjemah Mongolia, yang mayatnya ditemui berkecai dibom mengguna bahan letupan yang biasa diguna tentera di sebuah hutan di Malaysia pada 2006. Beliau didakwa menjadi orang tengah dengan perantara Najib, iaitu Abdul Razak Baginda dalam urusan jualbeli kapal selam itu yang melibatkan komisyen ribuan juta ringgit.

Razak Baginda mengakui bahawa Altantuya adalah bekas kekasihnya, manakala penyiasat persendirian P Balasubramaniam telah menyatakan dalam perakuan bersumpahnya bahawa Altantuya juga pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada satu ketika. Sehingga ini Najib menafikan pernah mengenali Altantuya.

Komisyen yang dibayar oleh Armaris – vendor bagi kapal selam itu - didakwa dilunaskan ke dalam akaun salah satu firma Razak Baginda.

Menurut portal berita itu, aduan itu akan dibuat pada Polis Perancis kerana polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah tidak mengambil apa jua tindakan untuk menyiasati dakwaan yang berleger menyelubungi Najib, walaupun ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan semasa pembelian kapal selam itu dibuat. (diterjemah/edited dari harakahdaily)
Tags:

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers