Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - isu semasa - mengapa dibiarkan kemudian diberi amaran akan ditahan bawah ISA

Seperti diduga kerajaan kini memberi amaran akan mengguna ISA untuk menghalang ketegangan rakyat yang bermula ekoran perhimpunan menentang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar kristian katolik.

Peliknya mengapa dibiarkan ada demonstrasi dan sebagainya. Tegahlah daripada awal...


Menteri Dalam Negeri DS Hishamuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini, malah sedia menggunakan ISA untuk menghalangnya.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga membangkitkan rasa bimbang. Saya jamin keselamatan bukan hanya kaum minoriti tetapi sesiapa pun di Malaysia termasuk warga asing. Keselamatan adalah teras tanggungjawab dalam urusan kementerian ini," katanya.

Beliau mengulas mengenai insiden cubaan membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara.

"Ini bukan hal politik dan ini juga bukan hal peribadi tetapi melibatkan keselamatan dan jika terpaksa dan keadaan menjadi lebih teruk, kita tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk ISA.

"Tindakan itu juga termasuk mereka yang melakukan demonstrasi yang boleh mencetuskan kekacauan. Ini penting dalam memastikan tiada sesiapa bertindak mengikut emosi," kata Hishammuddin.

Yang menghairankan ialah mengapa PM DS Najib Razak tidak menghalang usaha mengadakan demonstrasi aman selepas solat jumaat hari ini. Mengapa perlu dibiarkan, mengapa Perdana Menteri tidak menegahnya. Apa tujuannya...

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kawalan keselamatan di gereja di seluruh negara dipertingkatkan dengan polis mengadakan rondaan yang lebih kerap.

"Kita juga sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu, namun siasatan awal mendapati kejadian itu tidak dirancang secara rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya.

Beliau berkata insiden pertama berlaku pada kira-kira pukul 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Katanya, berikutan itu berlaku kebakaran yang mengakibatkan kerusi dan buku-buku agama di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu musnah.

"Seorang pengawal keselamatan telah menyaksikan insiden tersebut dan kita sedang mengambil keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan terutama untuk mengenal pasti individu terbabit dan motosikal yang digunakan," katanya.

Musa berkata kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira pukul 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira pukul 9 pagi.


Beliau berkata bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam dua-dua gereja itu tidak pecah dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Hishammuddin turut meminta pihak gereja menghubungi polis atau beliau sendiri jika terdapat ancaman ugutan atau perkara yang mencurigakan berlaku.

Semalam sahaja, saya mendapat satu panggilan telefon kira-kira pukul 6 petang daripada pihak sebuah gereja yang memaklumkan mereka menerima ugutan daripada pihak tertentu.

Justeru saya menasihati semua pihak gereja membuat laporan polis jika diugut atau terus menghubungi talian 019 28 23 701 agar polis boleh bertindak segera," katanya.

Sementara itu, Musa berkata polis turut memantau laman web yang didapati menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang dan mengajak mereka untuk berhimpun secara haram.

Katanya, polis tidak teragak-agak untuk menahan penulis-penulis blog yang sengaja mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai di bawah Akta Hasutan
Tags: isu semasa

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers