Klinik 1Malaysia RM1.00 adalah retorik dan propaganda politik, malahan satu usaha modal lapuk Barisan Nasional.
Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata, bayaran perkhidmatan RM1.00 yang dikenakan menjadikan klinik itu tiada bezanya dengan perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan sebelum ini.
Beliau mempertikai perkhidmatan di klinik tersebut kerana tiada penyeliaan doktor atau pakar perubatan bertauliah, sebaliknya dijalankan oleh pembantu perubatan dan jururawat biasa.
Chua berkata, kerajaan sepatutnya memperbaiki mutu perkhidmatan di hospital dan klinik sedia ada, dan bukan membazirkan RM10 juta wang rakyat untuk mewujudkan klinik itu.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini mengkritik keputusan kerajaan melaksanakan klinik tersebut yang dikatakan sebagai membazir dan menjatuhkan standard dalam amalan perubatan.
Dr David K L Quek berkata, ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971 yang menggariskan tugas antara pembantu perubatan dan seorang doktor terlatih.

0 comments