Kedudukan Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno goyah ekoran terdapat desakan supaya beliau berundur demi menyelamatkan pergerakan itu, yang disifatkan sebagai usaha merintis jalan keluar.
Semasa mesyuarat exco pemuda, kelmarin, beberapa anggota Exco pergerakan itu membuat desakan itu kerana berpendapat Khairi gagal menterjemahkan hala tuju selari dengan kepimpinan Presiden.
Semasa mesyuarat exco pemuda, kelmarin, beberapa anggota Exco pergerakan itu membuat desakan itu kerana berpendapat Khairi gagal menterjemahkan hala tuju selari dengan kepimpinan Presiden.
Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan mendedahkan bukti kononnya Khairy tidak berminat membantu parti dan kerajaan, lantas mengusulkan Khairy meletakkan jawatan.
Isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri juga gagal ditangani Khairy, di samping kegagalan kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu yang hanya dihadiri segelintir ketua-ketua pemuda bahagian sahaja.
Kursus itu, yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir.
Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.
0 comments