Pensyarah perlembagaan dari Singapura, Kevin Tan dan pakar perlembagaan tempatan, Shad Saleem Faruqi, bersetuju dengan permohonan Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin untuk diadili Panel 11 hakim.
Mereka sependapat, penyertaan lebih ramai anggota panel hakim akan menjurus penghakiman lebih adil.
Nizar yang merayu agar dikembalikan kedudukannya sebagai MB Perak berkata, kes ini bakal menentukan siapa MB Perak sebenarnya, malahan keputusannya bakal memberi kesan kepada jawatan Perdana Menteri kelak.
Ketika berucap pada forum "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis), pada 9 Dis, Nizar memberi contoh satu kes pengedaran dadah yang didengar oleh panel tujuh hakim, dan bertanggapan Mahkamah Persekutuan harus sekurang-kurangnya membenarkan lebih ramai hakim daripada panel lima hakim untuk mendengari kesnya.
Kevin Tan yang gagal tampil sebagai panelis, ketika ditemuramah oleh wartawan berkata, "Jika dilihat kebanyakan negara, secara lumrahnya, apabila berdepan dengan kes mustahak, adalah lebih baik jika melibatkan lebih ramai hakim. Oleh itu, saya menganggap adalah wajar apabila mereka meminta untuk didengar oleh lebih ramai hakim."
Profesor Perundangan Universiti MARA, Shad Saleem Faruqi juga bersetuju dengan permohonan Nizar, walaupun pengadilan Panel 11 hakim tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Shah Saleem Faruqi (gambar kiri) bertanggapan bahawa Ketua Hakim, Zaki Azmi harus mempertimbangkan permohonan ini, untuk membolehkan perbicaraan yang lebih adil.
Nizar memohon agar kes itu diadili panel 11 hakim pada 5 Nov lepas,, namun lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonannya tanpa sebarang alasan.
Nizar berkata, perbicaraan berlangsung selama enam jam setengah, tetapi, jawapan ditangguhkan sehingga kini melebih sebulan.

Kevin Tan ketika mengutarakan pandangannya dalam sesi soal jawab, menekankan bahawa penafsiran perlembagaan perlu konsisten dan harmoni untuk memberi makna kepada perlembagaan.
Setelah mengkaji Perlembagaan Negeri Perak, Kevin Tan menyimpulkan, "keputusan bahawa MB telah hilang percaya majoriti mesti ditentukan oleh DUN sendiri," manakala Shad Saleem Faruqi berpendapat Sultan tidak semestinya perlu mengenalpasti sama ada MB hilang percaya atau tidak di dalam Dewan Undangan Negeri.
Kevin Tan juga berkata jalan terbaik menyelesaikan masalah ini ialah membubarkan DUN,. Kevin Tan gagal tampil sebagai panelis kerana polis mengenakan syarat terhadap pensyarah dari Singapura ini untuk mendapatkan Pas Ikhtisas sebelum hadir sebagai panelis.

Peguam, Tommy Thomas (gambar kiri) pula menganggap usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar mahupun Perdana Menteri adalah sesuatu yang lumrah dalam sistem demokrasi untuk menguji sejauh manakah sokongan terhadap ketua kerajaan itu dari masa ke masa.
Beliau mengungkit insiden bekas Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail mengusulkan undi tidak percaya terhadap bekas PM Abdullah Ahmad Badawi..
"namun speaker tidak menerima, maka pengundian tidak boleh dijalankan dalam dewan. Ini adalah bercanggahan dengan perlembagaan. Speaker tidak boleh menghalang ahli dewan untuk melaksanakan prinsip perlembagaan."
Shad Saleem Faruqi menambah, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedia ada tidak menyatakan dengan jelas bagaimana untuk mengusulkan undi tidak percaya, maka pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat adalah diperlukan.

Selain sebulat suara menyetujui "bubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya" adalah penyelesaian kepada kemelut Perak, panelis juga menyetujui bahawa sidang mesyuarat pada 3 Mac di bawah pokok adalah mesyuarat yang sah.
Shad Saleem Faruqi berkata, "tempat tidak penting. Mesyuarat boleh diadakan di mana-mana tempat." Beliau mengambil contoh ketika bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang diubahsuai, mesyuarat DUN bersidang di Universiti Sains Malaysia.

0 comments