Sikap Nik Amalina mendedahkan hal ehwal parti sama ada atas kapasiti peribadi maupun atas kapasiti isteri kepada Abdul Ariffahmi Abd Rahman, insan yang didesak meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK adalah lebih banyak dipengaruhi sentimen dendam.
Ia tidak sepatutnya dilakukan Nik Amalina. Perkara melibatkan masalah pentadbiran dan dasar parti ini tidak sepatutnya didedahkan dalam blog, kata Ketua Penerangan PAS Ust Idris Ahmad.
Dalam coretannya, Nik Amalina antara lainnya mencabar seorang anggota exco Kelantan – yang tidak dinamakan – meletakkan jawatan, rentetan kontroversi melibatkan suaminya itu.
Adalah difahamkan bahawa ada kemungkinan bukan Nik Amalina yang menulis melalui blognya Suri itu tetapi oleh Ariffahmi sendiri yang secara peribadi berselindung dan merasakan bahawa penggunaan nama Nik Amalina akan lebih memberi impak.
Namun menurut sumber yang layak dipercaya, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun menasihati Nik Amalina maupun Ariffahmi tetapi tidak diendahkan mereka.
"Ikut dia lah," kata TGNA, sebagai respon.
Sementara itu, Ariffahmi pula dilaporkan enggan mengikut nasihat Dewan Pemuda PAS Kelantan segera berundur – tidak seperti yang dijadualkannya untuk berundur 23 Mac tahun depan.
0 comments