BAGAN PINANG: Ternyata rasuah telah menjadi darah daging dalam seluruh jentera dan penyokong Umno kerana kemenangan TS Isa Samad membuktikan bahawa ia sama sekali tidak menjejaskan kepercayaan pengundi Bagan Pinang walaupun kredibiliti calon itu dipertikaikan.
Pengundi Bagan Pinang masih boleh menerima seorang calon yang terpalit dengan rasuah. Malahan kemenangan itu bererti pengundi Bagan Pinang telah "endorse" bahawa sekalipun calon itu rasuah (TS Isa Samad), ia tidak menjadi halangan asalkan memenuhi hasrat mereka.
Ataupun apakah mungkin pengundi Bagan Pinang telah menerima pakai bahawa rasuah juga menjadi amalan sebahagian kehidupan mereka, selari dengan calonnya.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut melihat bahawa usaha PAS untuk menyedarkan pengundi akan bahaya rasuah ini yang terpalit pada calon Umno itu gagal mempengaruhi pengundi.
Umno memaang memenangi prk Bagan Pinang, tetapi terus gagal memerangi dan menangani gejala rasuah bukana sahaja di kalangan pemimpinnya, tetapi juga berjaya meracuni pemikiran pengundi agar menerima dan menghalalkan pemimpin yang rasuah.
Begitulah Umno. Menyedihkan. Bahagia dengan kemenangan yang mengaibkan.
Kekalahan Pas juga boleh dikaitkan dengan phobia ketakutan yang berjaya digetuskan oleh Umno pada sebahagian besar pengundi termasuk pengundi India di empat ladang utama di Sua Betong, Atherton dan Bradwall.
Pengundi India sebahagian besarnya gagal ditembusi oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Pelbagai sekatan dibuat oleh pengurusan ladang (tentunya atas arahan tekanan atasan) untuk mengekangi gerakan pakatan rakyat daripada mempengaruhi mereka.
Bukan itu sahaja, kelihatan hasil kunjungan rumah ke rumah calon PAS Sdr Zulkefly Mohd Omar pula mendapati, semacam satu phobia ketakutan menular dalam diri para pengundi di kawasan perumahan di kebanyakan UPU. Mereka direntap kebimbangan dicap sebagai penyokong Pakatan Rakyat yang boleh mengakibatkan kedudukan mereka disingkir.
Benar... ini kubu kuat Amno/Bee End. Jika kalah bererti lebih deras Amno menuju kehancuran.
Mengikut pemerhatian, saban waktu, pengundi Bagan Pinang ternyata amat beruntung kerana saban hari ade-ade sahaja jamuan makan tengah hari, jamuan petang maupun makan malam. Semuanya atas nama Aidil Fitri. Ratusan manusia kelihatan berbondong-bondong mengisi perut sambil didendangkan dengan alunan lagu selamat... selamat hari raya, ampun maaf dipinta... he he
PAS gagal memanfaatkan aspek ini. Mungkin modal yang menelan jutaan ringgit dan lokaliti premis (yang sukar diperolehi) tidak mengizinkan untuk menganjurkan program seumpama itu. Bayangkan lagi terdapat lapan UPU untuk dijamu, yang boleh dikatakan saban hari ade-ade sahaja majlis jamuan makan. Itulah kelebihannya, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
-
0 comments