Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politics assembly - ADUN PAKATAN TIDAK AKAN HADIRI SIDANG DUN



Tuan Haji Mustapha mempengerusikan majlis

BUKIT GANTANG: Anggota Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat dijangka memboikot persidangan dewan undangan negeri yang dijadual dipengerusikan speaker barisan nasional pada 28 Oktober.

Adalah dikhabarkan bahawa anggota Dun Pakatan Rakyat telah menerima notis panggilan mesyuarat dari Speaker BN Datuk R Ganesan semalam agar menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri.

Adun Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf perlantikan Ganesan yang disifatkan tidak melalui prosidur perlantikan yang betul mengikut perlembagaan negeri. Persidangan Dun ini adalah disifatkan penting bagi membolehkan pentadbiran DS Dr Zambry Abdul Kadir membentangkann bajet 2010 negeri Perak.

Sesetengah pemerhati politik berpendapat Pakatan Rakyat akan terperangkap dengan mainan birokrasi dan politik Umno/BN dengan mengadakan persidangan DUN ini, tetapi adalah dipercaya kemelut krisis perlembagaan negeri Perak ini akan bertambah parah selepas persidangan ini diadakan oleh BN.

Sementara itu, Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, Adun Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri persidangan DUN ini 28 Oktober anjuran BN kerana ia jemputan speaker yang haram.

Oleh kerana, perlantikan speaker itu tidak sah, maka sebarang jemputan atau perisytiharan oleh Ganesan juga menjadi tidak sah dan tidak wajar dipatuhi, katanya pada majlis sambutan IdulFitri Parlimen Bukit Gantang anjuran Dun Terong.

Yang turut hadir ialah sdr bekas calon Pas bagi DUN Terong Ustaz Haji Norazli Musa dan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri Haji Mustapha Abdul Wahab.


0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers