Kira-kira 50 anggota Pemuda Gerakan berdemonstrasi membantah kenyataan ahli parlimen BN Seri Gading Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden parti itu TS Koh Tsu Koon meletakkan jawatan kerana kononnya gagal melaksanakan tugas.
Diketuai timbalannya, Oh Teong Keong, mereka berkumpul di lobi bangunan PGRM di Cheras.
Mereka membawa beberapa sepanduk dan kain rentang, selain melaungkan jeritan anti-Mohamad..
Oh berkata, dewan tertinggi BN patut mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat Umno itu kerana Mohamad tidak sepatutnya mengguris perasaan rakan sendiri.
Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Koh berkata, beliau tidak tercalar dengan gesaan Mohamad itu. "Jawapan saya ialah tidak. Itu adalah salah. Kami tidak akan terganggu. Kami komited terhadap apa yang kami mahu lakukan.
0 comments