Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politik N9 - KEKALAHAN KERANA SISTEM UNDI POS DAN PHOBIA

PORT DICKSON: Undi pos ternyata menjadi igauan ngeri PAS pada PRK DUN Bagan Pinang tetapi menjadi pemanis yang tidak terkira kepada AMNO/BN untuk terus mempertahankan kubu kuatnya itu.

Undi pos ternyata tiada ketelusannya kerana ia langsung tidak menunjukkan keadilannya daripada segi prosesnya kepada PAS.

Phobia ketakutan juga menjadi salah satu lagi faktor ekoran tekanan dan gangsterisme terhadap pengundi di kawasan berkenaan, kata Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub.

PAS ternyata menghadapi kesukaran mendekati 13,664 pengundi di situ.

"PAS terima keputusan ini tapi terus iltizam perjuang sistem undi pos lebih telus," katanya kepada pemberita di Markas Induk PAS di sini sejurus keputusan prk diumumkan yang menyaksikan TS Isa Samad menewaskan Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

Isa, yang juga bekas MB Negeri Sembilan mendapat 8,013 undi manakala Zulkefly Mohamad, yang juga Pensuruhjaya PAS negeri, mendapat 2,578 undi.

Bagi undi pos, BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604 pengundi pos yang terdiri daripada 4,571 tentera dan selebihnya anggota polis.
Tags: politik N9

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers