Walaupun PAS mendesak ditangguhkan PRK DUN Bagan Pinang (Ahad ini), SPR sekadar menyatakan akan menyiasat.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, yang penting adalah pastikan apakah pertindihan nama pengundi itu tercatat dalam senarai N31 Bagan Pinang?
SPR ternyata tidak bertanggungjawab kerana berkata:
"Kalaupun betul wujud nama berganda iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan berdaftar di Bagan Pinang serta satu lagi menggunakan kad pengenalan awam dan mendaftar di kampungnya di Kelantan atau Terengganu... apa yang nak kita risaukan sebab di Terengganu tak ada pilihan raya.
"Yang akan mengundi hanya di Bagan Pinang sahaja sebab ini bukan pilihan raya umum di mana di seluruh negara mengundi.
Oleh itu menurut Wan Ahmad, PAS tidak perlu terburu-buru memohon injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Pertindihan yang dimaksudkan itu ialah terdapat pengundi yang mendaftar dua kali di DUN Bagan Pinang iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam."Setiap rakyat di negara ini termasuk tentera ada kad pengenalan awam kerana sebelum dia jadi tentera pastinya dia ada kad pengenalan awam.
"Rekod yang kita terima daripada Kementerian Pertahanan memang ada dua kad pengenalan iaitu satu kad pengenalan tentera dan satu kad pengenalan awam... namun kita akan pastikan kesahihannya.
"Jangan risau, lepas pilihan raya ini kita akan semak semula kita akan potong terus nama pengundi tersebut.
Jika benar berlaku, maka ia bererti salah pengundi berkenaan mengundi di dua kawasan dan ini boleh mengakibatkan kawasan Dun atau Parlimen berkenaan dipertikaikan kemenangannya.
0 comments