Para peneroka itu mendakwa bahawa mereka kini menghadapi masalah yang bermula semasa Isa menjawat jawatan Menteri Besar.
Peneroka, R Thangam mengecam keras calon Umno/BN pada PRK DUN Bagan Pinang itu yang didakwa tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, pada 1996, kerajaan telah mengambil tanah peneroka Felda Sendayan secara paksa dan sehingga kini gagal menyelesaikan pembayaran yang dijanjikan.
R Thangam juga mendakwa bahawa walaupun laporan dibuat kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada ketika itu, namun semuanya menemui jalan buntu.
Dalam perjanjian tersebut, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan telah ersetujuk memberi 2 ekar tanah pertanian yang bernilai RM348,500 dalam pakej yang disertakan dengan sebuah rumah.
Pihak PKNNS juga berjanji akan membayar seluruh amaun tersebut.
Peneroka pada awalnya dijanjikan tanah lot dan 2 ekar tanah pertanian, namun disebabkan kemerosotan ekonomi pada ketika itu, pelaksanaan pembelian tersebut dianggap gagal.
Justeru itu, kerajaan negeri mula memajakkan tanah tersebut kepada Syarikat ZNB Enterprise tanpa pengetahuan mereka.
Namun rancangan kerajaan negeri baharu di bawah Datuk Mohd Hassan juga menampakkan penyelewengan apabila rekod menunjukkan Syarikat Tanah Datar yang dipajakkan telah dibatal pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Syarikat.
Menurut R Thangam lagi, perkara tersebut juga telah dilaporkan ke Biro Pengaduan Awam Putrajaya pada Jun 2008.
Seorang lagi peneroka, Saparudin Mohd Yasin pula kesal kerana telah dibohongi oleh Isa dan Hassan
Mereka juga mengatakan bahawa pihak menteri besar sengaja tidak mahu bertemu untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Untuk makluman, Felda LBJ yang telah dijual kepada Tabung Haji oleh PKNNS kini dinamakan Bandar Enstek.
0 comments