BAGAN PINANG, 7 Okt - BN semakin tertekan melihat calon PAS semakin diterima pengundi sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara untuk menentang pihak lawannya.
Sama ada menggunakan jentera kerajaan atau politik wang, semua maklum hanya itu sahaja cara BN menang mudah.
Ditambah dengan kehadiran dan kerjasama padu jentera pilihan raya PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara membantu kempen memenangkan calon PAS, menyebabkan BN kepanasan sehinggakan terpaksa menggunakan taktik kotor untuk meraih undi.
Kali ini di Ladang Sebutung di Sua Betong pula. BN terpaksa menggunakan pekerja ladang tersebut untuk menyekat pengundi hadir keprogram-program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat.
Menurut laporan wartawan bertugas, program yang dianjurkan kontijen PAS negeri Pahang kurang mendapat sambutan berbanding hari sebelumnya.
Selepas diselidik, ternyata BN yang mengetahui adanya program tersebut terpaksa membuat satu program di tempat lain dan membawa pekerja di estet tersebut.
Menurut seorang suri rumah disitu, beliau diberitahu suaminya program BN tersebut adalah untuk memberi sumbangan kepada pekerja disitu, dan hanya pekerja di estet itu sahaja yang dibenarkan untuk pergi ke program BN itu.
Turut berasal kesal dengan keadaan itu, dua hingga tiga lagi petugas PAS di program tersebut menyelar tindakan BN itu.
Menurut mereka sambutan dingin program PAS bukan sebab mereka belum lagi bergerak pada gear penuh, tetapi taktik kotor BN itu sebaliknya mengekang pengundi bertemu untuk mendengar kempen penerangan dari Pakatan Rakyat.
0 comments