JIKA BN merasakan slogan 1Malaysia sudah diterima rakyat sehingga calon BN di Dun Bagan Pinang menang besar, mengapa agaknya DS Najib Tun Razak tidak berani memenuhi slogan tersebut di Perak dengan ‘rakyat didahulukan’ – membubarkan Dewan Undangan Negeri?
Sepatutnya, oleh kerana momentum kemenangan di Dun Bagan Pinang yang diuar-uarkan sebagai petanda rakyat sudah benar-benar menerima slogan baru ini, maka sepatutnya permintaan rakyat Perak supaya dibubarkan DUNA – tidak ditangguhkan.
Najib yang merasakan Umno sudah semakin pulih, selepas Perhimpunan Agung baru-baru ini tidak perlu gusar berdepan rakyat dan pengundi di Perak.
Sejarah membuktikan Umno akan menjadi berani jika erasakan mereka kuat. Setiap kali pilihan raya umum diadakan, biasanya mereka mempunyai kayu pengukurnya sendiri, ketika situasi membenarkan berbuat demikian.
Cakap-cakap (dan laporan media arus perdana), menggambarkan kepimpinan Najib sudah diterima, oleh itu tiada sebab Najib ke Ipoh untuk menerangkan lagi 1Malaysia sambil memberi amaran kepada pembangkang, jangan menganggu sidang Dun 28 Okt ini.
Kerajaan Negeri Perak sekarang ini menggunakan pelbagai medium untuk menyampaikan mesej mereka. Radio dan blogger menjadi begitu penting di Perak sekarang. Namun, mereka sedar, dari keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, mereka tidak terlawan dengan kemahuan rakyat merubah kerajaan.
Media arus perdana mengambarkan kononnya Menteri Besar Perak sekarang, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sentiasa diasak dengan serangan pembangkang tetapi hakikatnya, Zambry tidak mampu berbuat apa-apa di Perak kerana beliau sudah dilihat sebagai seorang Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Beliau sentiasa di kelilingi budak-budak muda yang kononnya mempunyai idealisma perjuangan murni tetapi tidak realis. Pejabat Menteri Besar masih dikepung kuat oleh mereka hingga orang ramai sukar untuk membuat pertemuan dan urusan.
Mereka tersepit dengan cerita Menteri Besar terdahulu lebih berani, lebih telus dan lebih cepat bertindak tetapi mereka pula masih terikat dengan cerita MB Tajol Rosli, mesti dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Kemudiannya, permohonan dan surat-surat tersebut senyap begitu sahaja – hilang entah ke mana.
Khabarnya Zambry terpaksa mengguna khidmat pengawal keselamatan dan keretanya sentiasa diapit dengan sebuah kereta lain yang kononnya mahu menjaga keselamatannya. Di kalangan Adun-Adun Umno yang tidak dilantik menjadi Exco sudah mula bersungut, Dr. Zambry rupa-rupanya hebat berpidato tetapi dari segi tindakan dan perlaksanaan, tidak mempunyai kemampuan.
Hari ini, Zambry bukan semakin takut berjumpa orang ramai malahan tugasnya sekarang dilihat lebih banyak menyusun jadual kedatangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Perak bagi membantunya mendapatkan sokongan rakyat kepada dirinya. BN mempunyai jentera besar untuk mengetahui sokongan rakyat kepadanya.
Namun, sehingga kini mereka masih tidak berani membubarkan Dun kerana percaya jika Dun dibubarkan, Zambry bukan sahaja tidak lagi menjadi Menteri Besar, malahan, kerusi Dunnya di Pangkor pun mungkin menjadi milik orang lain.
Akhbar arus perdana berhempas pulas memberi publisiti kepada Zambry bagi mengambarkan beliau seorang anak nelayan yang dapat merasakan denyut nadi kesusahan rakyat walaupun kini sudah menjadi Menteri Besar tetapi, rakyat di Perak tidak dapat dipengaruhi dengan cerita ini.
Buatlah tinjauan sendiri kepada orang Umno, siapakah yang dapat membuat temujanji dengan Dr. Zambry. Tiada. Beliau di Pejabat Menteri Besar khabarnnya lebih banyak bersembang isu politik dan propaganda yang mahu dibuat daripada merancang pembangunan Negeri Perak demi kemudahan rakyat.
Ketika Perhimpunan Agung Umno, beliau seboleh-boleh mengelakkan diri dari bertemu ramai orang dengan ‘terkejar-kejar’ untuk menjauhkan diri dari orang ramai khususnya rakyat Negeri Perak bagi mengelak untuk bertentangan mata.
Heboh sekarang, rakyat Perak yang kuat menyokong Umno memperkatakan apakah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahu perangai Dr Zambry ini? Jika tahu mengapakah kepercayaan diberikan kepadanya untuk menjadi MB sedangkan masih ramai orang lain yang dikatakan lebih senior dan lebih layak darinya.
Kata mereka, jika dulu Dato' Seri Tajol Rosli dikatakan tidak suka melayan orang ramai, tetapi Tajol Rosli tidak terkejar-kejar menjauhkan diri dari orang ramai berbanding dengan Dr. Zambry, buat-buat macam sibuk hanya kerana mahu menjauhkan diri dari mereka yang ingin bersalam dan berjumpa dengannya.
Ketika Dr Zambry dilihat berpaut pada pengaruh PM dan TPM, rekod lama Zambry sebagai ‘budak Anwar Ibrahim’ juga menyebabkan kesetiaannya kepada Najib dan Muhyiddin disangsikan.
Kata mereka yang mengenali Zambry, jika Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh dikhianatinya apatah lagi Najib dan Muhyiddin.
Di kalangan ketua-ketua bahagian, mereka merasakan Dr. Zambry tidak memperdulikan mereka kerana sibuk menjaga Adun-Adun yang sudah tidak lagi menjadi ketua bahagian. Dr. Zambry risau, jika Adun buat perangai, kerajaan negeri boleh tumbang tetapi mengenepikan ketua bahagian, risikonya tidak besar mana.
Jika penyelesaian krisis Umno Bahagian Larut dianggap sebagai ‘kejayaan’ Dr. Zambry, namun beberapa Adun yang tidak menjamah apa-apa habuan dari kerajaan negeri BN sekarang sudah mula merasakan Dr. Zambry mempunyai kroninya sendiri untuk dilantik menjadi pengerusi-pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Walaupun mereka mungkin tidak sampai melompat meninggalkan Umno tetapi mereka mengharapkan Dr. Zambry tidak terus dikekalkan sebagai Menteri Besar kerana sikapnya yang ‘suka mengelak’ daripada berdepan dengan masalah.
Blogger yang pro Umno di Perak khabarnya hidup mewah sekarang kerana mereka dibayar untuk menulis perkara-perkara baik mengenai BN dan menyerang dengan memaki hamun PAS, PKR dan DAP – untuk ditunjukkan kepada Dr. Zambry dan dibayar semua tulisannya itu.
Samada tulisan-tulisan itu berkesan atau pun tidak, ia tidak penting kerana semua mereka yang berada di dalam kerajaan negeri mahukan ‘cerita-cerita muluk’ untuk mereka menyedapkan hati masing-masing.
Jika mereka bertahan dengan kerajaan yang ada, tanpa memperdulikan kehendak rakyat supaya pilihan raya Dun diadakan semula, PRU 13 akan menjawab segala-galanya. Semua petunjuk yang ada membolehkan MB, Exco dan wakil-wakil-wakil rakyat yang dilantik memegang jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri, mengemas barang-barang peribadi untuk dibawa pulang.
Mereka semuanya sedar, mereka di situ kerana ada tangan ghaib bersama-sama mereka tetapi jika kedaulatan suara rakyat dijadikan mahkamah, mereka sudah lama gulung tikar untuk berpindah!
Krisis Umno di bahagian-bahagian tidak langsung dapat diselesaikan walaupun di Larut baru-baru ini, mereka bergambar beramai-ramai bagi menunjukkan kepada orang ramai, mereka sudah Berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda. Hakikatnya… semua orang tahu, ia adalah luaran sahaja. oleh Samad Idris/DetikDaily

0 comments