MIC sepatutnya memohon maaf secara terbuka pada Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran isu kalungan seliper, kerana pengantungan keahlian perwakilan itu tidak memadai, kata Datuk Mukhriz Mahathir.
“Ia bukan hanya Tun (Dr Mahathir) yang terluka kerana kenyataan itu dan oleh itu, permohon maaf secara terbuka akan menjaga hubungan baik parti komponen BN.
Semalam, MIC mengantung keahlian perwakilannya yang mencadangkan kalungan selipar itu sementara menunggu keputusan jawatankuasa disiplin parti ituMIC menerima tekanan hebat agar memohon maaf ekoran susulan kenyataan yang disifatkan "biadap" terhadap Mahathir.
"Saya berharap, dengan keputusan ini, isu tersebut akan selesai," kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.
Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC.
Umno hanya boleh dikritik orang Umno sahaja. Kritik walaupun membina akan sia-sia kalau tidak bersikap positif. Sebenarnya Umno mahu memberi tekanan pada Tok Samy agar dia berundur atau terus meletakkan jawatan. Tok Samy harus merasa bertanggungjawab akan hal berlaku. Itu ceritanyer. Jangan berundur Tok Samy.
0 comments