BAGAN PINANG: Gendang perang pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang sudahpun kedengaran dipalu, meskipun Umno/BN dan PAS/PR akan hanya mengumumkan calon masing-masing lewat petang ini.
Markas PAS kelihatan tenang untuk membuat pilihan calonnya, namun gundah-gulana sudah mula melanda kem Umno/BN. Gendang perang Umno juga mulai tidak sekata, malahan bilik gerakannya sudah mulai bocor.
Beberapa jam selepas lawatan TPM TS Muhyidin Yassin, sekumpulan ahli UMNO yang ’taksub’ TS Isa Samad mula memukul gendang secara songsang apabila mengugut untuk memboikot.
Kain-kain rentang ’Kami Nak Datuk Isa, Kalau Tidak Kami Boikot’ di pasang merata-rata tempat.
Sejak kematian bekas ADUN Bagan Pinang, UMNO Teluk Kemang yang dikuasai oleh penyokong taksub Isa telah sebulat suara ’hanya mahukan Isa, untuk bertanding. Paparan kain rentang mengugut untuk memboikot terpasang sejak beberapa hari lalu. Cakap-cakap juga merebak untuk memboikot jika Isa tidak dicalonkan kedengaran sejurus selepas Eidul Fitri.
Muhyiddin dijadualkan memgumumkannya petang ini. PM DS Najib Razak juga berada di kawasan Bagan Pinang, namun timbul persoalan , mengapa Najib tidak mengisytiharkan calon UMNO/BN.
Memandangkan Najib berada dalam Kem PUSASDA di Batu Empat dekat sini dalam satu majlis ’politik’ bersama warga angkatan tentera, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, PAS juga akan membuat program seumpama itu dalam kem-kem tentera.
Sekiranya Isa dipilih, maka para penyokong Menter Besar Mohamad Hassan pula akan bersuara untuk memboikot Isa.
-
0 comments