Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politics sketsa - TGNA, DSAI dan LKS membina kekuatan PR

Gambar : TGNA, DSAI dan DS Hadi Awang.

Memang sudah diketahui umum bahawa dasar dan metod modus operandus Umno/BN dalam mencapai targetnya ialah berusaha melaksanakan dasar pecah belahnya untuk memperolehi keyakinan rakyat

TGNA memang salah seorang penyatu kekuatan Pakatan Rakyat, tetapi untuk mengatakan beliau satu-satunya kekuatan dalam Pakatan Rakyat adalah silap sama sekali.

PAS dan Pakatan Rakyat ternyata menjadi lebih meluas pengaruhnya melalui PRU 12 lepas apabila wujudnya kerjasama yang nampak lebih kemas dan menjadi. Sebelum ini PAS dan DAP memang boleh duduk semeja tetapi sikap curiga mencurigai begitu menebal

PRU 12 lepas mengangkat martabat Pakatan Rakyat, apabila munculnya satu lagi ikon pelengkap dan perancang utama Anwar Ibrahim. Gandingan tiga serangkai inilah yang menjadi kepercayaan rakyat meningkat pada Pakatan Rakyat

Untuk meletakkan hanya TGNA sebagai ikon dan ketiadaan beliau (yang saya sentiasa doakan agar Allah memanjangkan usia beliau) boleh mempengaruhi kedudukan Pakatan Rakyat adalah satu tanggapan yang berbahaya bagi masa depan Pakatan Rakyat.

Jika gagasan ini berterusan, ia boleh merosakan Pakatan Rakyat, kerana keyakinan dan kepercayaan hendaklah sentiasa dibina bahawa Pakatan Rakyat telah mempunyai landasan perjuangan yang benar dan betul.

Janganlah ada lagi tulisan yang boleh mempengaruhi hingga menimbulkan kecurigaan di hati rakyat. Jika demikianlah yang terjadi, maka sesungguhnya Umno/Bn telah berjaya merosakkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Memang jelas Pakatan Rakyat telah dan akan mampu menjadi pesaing hebat kepada BN. Jika Pakatan Rakyat terus dengan momentumnya, kelangsungan hidup Umno/BN pasti terkubur. Lantaran itulah, pelbagai usaha dilakukan secara halus oleh pelbagai pihak terutama untuk mencetuskan rasa curiga yang amat di kalangan anggota PAS, DAP mahupun PKR.

Sebulan lepas saya telah menulis artikel seumpama ini, menyatakan betapa bijaksana UMNO/BN yang mempunyai segala kuasa dalam media arus perdana mempermainkan Pakatan Rakyat. Rakyat akan percaya dan manusia Melayu juga mudah lupa dan akhirnya akan percaya apa yang disuara dan disogokkan pada mereka

Ayuh kita lihat nanti keputusan PRK N11 Dun Permatang Pasir. Ia akan menjadi ukuran sebenar penerimaan rakyat pada DS Najib Tun Razak selaku PM dengan gandingan TPM TS Muhyidin Yassin. Akhir-akhir ini Muhyidin lah yang menjadi tukang perosak hubungan komponen Pakatan Rakyat.

Serang terhadap TGNA bukan bermula hari ini, beliau telah mangli dengan sikap UMNO/BN. Pelbagai usaha dibuat tetapi gagl. Oleh kerana itulah, Umno sekarang merubah pendekatannya dengan hasrat mencemarkan imej TGNA secara berterusan, bukan hanya menunggu waktu pilihan raya

Sesungguhnya kekuatan PAS amat berbeze dengan kekuatan dalam PKR atau DAP, maupun UMNO sendiri. PAS tidak pernah mengubah pendekatan perjuangannya.. PAS berlandaskan perjuangan agama bukan bangsa,

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers