Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, ia jalan terbaik bagi mengelakkan diri Rohaizat menjadi fokus perbincangan sebagai calon yang tidak bermoral.
Calon Umno/Bn itu disingkirkan daripada menjadi peguam oleh Majlis Peguam kerana sikap tidak amanahnya, dan perbuatannya amat memalukan dan tidak beretika, katanya kepada pemberita.
Rohaizat didapati bersalah oleh Majlis Peguam kerana pecah amanah apabila gagal memulangkan wang lembaga koperasi pekebun getah sebanyak RM161,000.
"Umno/BN memang terdesak dan tidak mempunyai calon terbaik yang lain atau memang sukakan calon yang bermasalah, terutama yang pecah amanah untuk mewakili parti pada pilihranraya," tegasnya.
Beliau bagaimanapun berkata, pendedahan ini bukan dimulakan oleh PAS tetapi oleh media sendiri.