Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - NOORDIN MOHD TOP DILAPORKAN TERBUNUH DALAM SERBUAN

BEJI (INDONESIA) Stesen televisyen Indonesia melaporkan, ketua militan, Noordin Mohamad Top ditemui terbunuh di dalam bilik air selepas serbuan polis ke atas sebuah rumah di kawasan sawah padi di Temanggung, Jawa Tengah lmalam tadi.

Polis menyerbu tempat persembunyian suspek militan itu selepas mengepung rumah tersebut selama 16 jam dan dilaporkan berjaya membunuh suspek pengganas yang paling dikehendaki di Asia Tenggara itu.

Laporan itu bagaimanapun tidak disahkan oleh polis. Ujian DNA akan dilakukan untuk memastikan identiti yang terbunuh.

Kelihatan Polis Indonesia di luar rumah persembunyian suspek pengganas di Temanggung, Jawa Tengah.--fotoAP

AP melaporkan, dalam kejadian itu, polis Indonesia telah membunuh dua suspek militan selain menahan lima lagi suspek serta merampas bahan letupan dan sebiji bom kereta.

Sepanjang malam tadi, media tempatan melaporkan, Noordin yang merupakan perancang dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia bersembunyi dalam rumah itu.

Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan kawasan rumah itu menjelang subuh.

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers