Yang anehnya kalau dah semak dan dah hilang kelayakan sebagai peguam itu kira satu kes disiplin yang berat pada seseorang peguam. Memalukan.
Ini adalah PRK kelapan yang diadakan selepas PRU12. Enam daripadanya dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Kerusi N11 itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mewakili kawasan itu selama tiga penggal sejak 1999.
Pada 2008, Hamdan menangi kerusi itu dengan majoriti 5,433 undi menewaskan calon Umno/BN Ahmad Sahar Shuib.
PAS memenangi kesemua sembilan pusat pengundian dalam DUN tersebut, iaitu di Sama Gagah, Permatang Ara, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Kampung Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat, Cross Street dan Permatang Tengah.
Daripada 39 saluran dalam DUN berkenaan, PAS hanya tewas dua - Permatang Ara dengan tujuh undi dan Bukit Indera Muda dengan 15 undi.
DUN berkenaan mempunyai 20,290 pengundi dan satu undi pos, dengan 72.36 peratus pengundi Melayu, 25.85 peratus China, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain. Terdapat tambahan 300 pengundi baru pada prk ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Salleh dipilih kerana latarbelakang pengetahuan agama, sifat baiknya dan kelayakan akademiknya.