PERMATANG PAUH: Rohaizat Othman, telah dilucutkan kelayakannya sebagai peguam pada tahun lepas terhadap tuduhan penipuan yang membabitkan syarikat guamannnya. Begitulah yang dipaparkan melalui laman web Majlis Peguam mengenai calon Umno/BN bagi PRK N11 Permatang Pasir itu.
Sesungguhnya ia mencetuskan kontroversi dan mengamit pertanyaan ? Namun Umno tetap mempertahankan calonnya yang tidak amanah ini.
Rohaizat, 38, lulusan undang-undang UIA dilucutkan kelayakaNnya sebagai peguam pada 7 Mac tahun lepas, Beliau sudah tidak menjadi pengamal undang-undang lagi.
Anehnya, seorang TPM dan Naib Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi, mempertahankan bahawa Rohaizat tidak terbabit walaupun telah dilucutkan kelayakannya ekoran penipuan yang berlaku dalam firma guamanannya (Rohaizat).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula berkata rakan kongsi Rohaizad yang terbabit dalam penipuan itu.
Seeloknya rakan kongsi Rohaizat yang sudah tertuduh itu atau Umno yang dah tersepit itu dapatkan pula rakan kongsi berkenaan untuk tampil membuat perakuan. Apa lak ceritanya Ye.. . (pasti besar modalnya)