"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan".
Begitulah pandangan Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berhubung etika seorang peguam.
"Jika tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D adalah sama seperti salah laku jenayah," katanya.
Beliau berkata demikian mengenai perihal Rohaizat Othman yang dipecat dari Majlis Peguam di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976, yang membabitkan salah laku seseorang peguam.
"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain."
Ia secara langsung menafikan kenyataan TPM TS Muhyidin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno Khairi Jamaludin yang antaranya berkata bukan Rohaizat melakukan kesalahan itu tetapi rakannnya.
Walaupun ia telah diselesaikan (dibayar balik) tetapi daripada segi prinsipnya ia tidak beretika bagi seseorang peguam yang menyalahguna duit pelanggannya untuk kepentingan peribadi.
Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," katanya.
Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah.
"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak diserahkan wang berjumlah RM140,000 kepada pemegang amanah."
Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.
Oleh itu, pengundi Permatang Pasir tentunya bijaksana untuk tidak memilih seorang yang tidak amanan kerana didapati bersalah menyalahgunakan wang pelanggan yang diamanahkan kepadanya.
Sesungguhnya Umno sekadar mempunyai pemimpin yang cekap (cekap songlap), tetapi tandus pemimpin yang bersih dan amanah ? Begitulah retorik slogan-slogan ciptaan Umno. Sekadar penyedap halwa telinga.
Umno akhir-akhir ini membuka pekungnya sendiri, namun rakyat belum mengerti sepenuhnya. Calon-calonnya di Kuala Terengganu, kendian di Manek Urai dan kini di Permatang Pasir semuanya menghadapi masalah yang hampir serupa.