Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politik nasional - JANGAN PANJANGKAN KES WALAUPUN SILAP:UMNO

SETPOL Menteri Wilayah Persekutuan mengakui tersilap mengguna kepala surat rasmi kementerian yang dihantar kepada ketua Umno bahagian di negeri tersebut, berhubung pelantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing-masing.

M Sazali Kamilan - setiausaha politik kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - berkata surat tersebut juga bukan untuk dihantar kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sebaliknya, jelas beliau, surat itu bertujuan meminta ketua Umno bahagian di Wilayah Persekutuan mengemukakan senarai calon yang berwibawa untuk dicadangkan kepada JAWI bagi dilantik menganggotai AJK masjid.

"Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya saya menggunakan kepala surat kementerian (untuk tujuan tersebut)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sazali diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Beliau berharap isu itu tidak dipanjangkan dan berharap ahli Umno, sekiranya dilantik dalam jawatankuasa masjid atau surau, akan memainkan peranan lebih aktif untuk membangun masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers