PERMATANG PASIR: Kisah Rohaizat Othman yang didakwa menyonglap wang pelanggannya dijangka lebih hangat dan panas esok apabila bekas rakan kongsinya tampil menceritakan hal sebenar.
Lantaran itu juga Umno/BN akan menjadi cacing kepanasan kerana episod Romlan Porigi berulang kembali.
Yusri Isahak, iaitu bekas rakan kongsi calon Umno itu dijngka mendedahkan kisah sebenar apa yang berlaku pada satu sidang media esok, bagi mempertahankan dirinya.
Yusri dijadual menjelaskan apa yang berlaku dalam firma guaman mereka bagi mempertahankan maruahnya yang didakwa oleh Rohaizat (calon Umno bagi prk Permatang Pasir) sebagai penyonglap wang syarikat mereka.
Dalam siri kempen Umno, pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri TS Muhyidin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mempertahankan Rohaizat (walaupun didapati bersalah oleh Majlis Peguam) yang melesapkan wang koperasi pekebun kecil getah Pulau Pinang sebanyak RM161,000.
Muhyidin dan Zahid berkata, rakan Rohaizat (iaitu Yusri Ishak) merupakan orang yang melesapkan wang pelangan mereka itu, dan Rohaizat membayar semula wang koperasi yang dilesapkan.
Yusri (menjadi kambing hitam) tampil ke depan secara sukarela untuk mempertahankan maruahnya yang menjadi bahan cercaan pada kempen Umno, sehingga menjejaskan maruah dirinya dan keluarga.
Menurut sumber, Yusri telah ditawarkan ganjaran secara terbuka agar tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak memihak kepada Umno/BN.
Sama-samalah kita tunggu esok.
-