PERMATANG PASIR: Nama Yusri Ishak, tiba-tiba menjadi popular selari dengan nama calon-calon PRK N11 Permatang Pasir, namun beliau menjadi popular sebagai kambing hitam kepada calon Umno/Bn itu.
Yusri hari ini tampil membuat pendedahan berani bagi membersihkan namanya yang dikaitkan sebagai orang yang menyebabkan Rohaizat Othman disingkirkan atau dilucutkan kelayakan sebagai peguam.
Beliau juga meminta pengundi membuat pemilihan teliti semasa mengundi nanti dan mengucapkan selamat berjaya kepada Rohaizad.
Pada sidang media di Yayasan Aman pagi ini, Yusri berkata, Rohaizat adalah pemegang saham utama dalam firma guaman mereka dan merupakan orang yang turut bertanggunjawab menguruskan perniagaan.
"Adalah tidak benar untuk Rohaizat melemparkan tuduhan bahawa saya penyebab beliau dilucutkan kelayakan sebagai peguam ekoran penyalahgunaan wang pelanggan," katanya sambil menegaskan bahawa beliau dan keluarga beliau amat tertekan dan malu dengan dakwaan itu
Oleh kerana Rohaizat pemegang saham utama, maka segala keputusan dibuat oleh beliau dan secara bersama termasuk daripada segi pengeluaran aliran wang tunai, kata Yusri.
Sebagai rakan kongsi, Rohaizat sepatutnya mengetahui apa jua perkembangan syarikat berlaku., katanya.
Walaupun Rohaizat bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat tetapi beliau tidak menyatakan hal lesen guamannya dibatalkan, setelah dimumkan namanya sebagai wakil, maka tiada kesempatan untuk mengubahkan keadaan itu lalu meletakkan kesalahan pada saya, kata Yusri.
Langkah menjadikan saya kambing hitam sahaja adalah satu-satu usaha untuk menunjukkan Rohaizad seorang yang bersih, kata beliau.
-
0 comments