MANEK URAI: Para peramal dan bomoh Umno, khususnya menyifatkan bahawa peluang semasa kemenangan kini 50:50 dan kempen seminggu ini akan menentukan siapa akan menduduki kerusi N41 Manek Urai itu.
Jelaslah Umno tidak begitu konfiden untuk menang di Manek Urai, walaupun orang nombor dua pemuda Umno Dato Razali telah turun menoreh getah untuk menarik hati pengundi.
Lucu dan geli hati mendengarnya kerana tiba-tiba ada yang berminat menoreh getah. Khairi Jamaludin bila lak nak turun beri ikan percuma pada orang kampong. Tapi di Kuala Krai tokeh ikannya ialah Abe Ji yakni calon Pas Mohd Fauzi Abdullah. Eloklah tabek dulu pada Abeji kalau nak berbuat demikian.
Dato Pa pula tiba-tiba kelihatan cuba menjadi guru khatam al Quran. Lakonan-lakonan ini kurang menjadi kalau bukan kepakaran atau bukan karier masing-masing. TV dan media arus perdana memang buat terbaik untuk Umno/BN tetapi kadangkala apa yang dilaporkan menjadi lelucon sahaja. Pembaca dah muak.
Satu hal lagi projek mi segera dan longgokan projek pengkaburan mata akan bermula dan ia akan bermula bila-bila masa. Tetapi aduhai Umno, taburan janji di Kuala Terengganu belum jua tertunai.
-