MANEK URAI: Keangkuhan Umno terserlah lagi dalam kempennya di Manek Urai. Semuanya kerana tekanan terhadap usaha untuk memenangi PRK N41 itu yang kini semakin dikuasai calon PAS.
Umno mulai hilang pertimbangan sehingga dikatakan mulai memperlekehkan dan merendah-rendahkan martabat calon PAS Mohd Fauzi Abdullah sebagi peraih ikan.
Ekoran itu, Umno akan menghadapi bantahan kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan yang akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini di pasar Laloh sebagai tanda membantah tindakan Umno yang didakwa memperlekehkan profesyen mereka.
Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.
Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi. Mau tidaknya tertekan Maslan, kerana walaupun telah menoreh getah tetapi hasilnya tetap gagal mempengaruhi penduduk.
-