MANEK URAI, 14 Julai: Tanda-tanda kekalahan dan kekecewaan Umno/BN pada PRK N41 ini mulai kelihatan sejak awal lagi, iaitu sebelum waktu pengundian ditutup apabila kelihatan calon BN bergerak sendirian.
Bibit kekalahan amat jelas kelihatan kerana Tuan Aziz Tuan Mat sendirian melawat Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Tiada siapa menemaninya. Pengundi pula tidak mempedulikan beliau.
Ke mana perginya para pemimpin atasan BN yang saban hari menghuni Manek Urai?
Abe Uji, calon PAS seawal pagi tadi bersama Menteri Besar TG Nik Abdul Aziz Nik Mat di Sekolah Kebangsaan Sungai Peria melihat proses pengundian. Yang turut kelihatan ialah isteri, dan anak-anak Abe Uji mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.