IPOH: Yang tersurat telahpun menjadi sejarah dan kudeta dalam dewan undangan negeri Perak pada 7 mei menjadi sejarah bukan sahaja dalam Malaysia, malahan bagi seluruh negara komanwel.
Speaker dimalukan. Itu yang tersurat.
Namun kata-kata DS Zambry Abdul Kadir bahawa media tidak adil dalam membuat laporan peristiwa 7 Mei itu, adalah satu lagi hal yang mengejutkan. kelakonan Zambry telah sampai ke kemuncaknya... apa tidaknya dengan segala kawalan dan kepayahan untuk membuat liputan dan kongkongan... media tetap dipersalahkan.
Bukankah media kongkongan utama Umno telah memberikan laporan sepenuh hati, malahan sekehendak hati untuk mengambarkan senegatifnya Pakatan Rakyat. Jadi apa lagi yang tidak adil dilaporkan. Atau apakah akan menjadi adil hanya apabila dilaporkan lakonan Umno/BN yang elok sahaja.
Rakyat tentu bijak memikirkan yang tersurat ini. Namun apabila DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mendedahkan yang tersirat semasa persidangan itu terutama semasa Raja Muda Raja Nazrin Shah berbisik padanya, ia benar-benar akan menyuratkan Umno/BN.
Semasa berucap di majlis meraikan kemenangan PRK Bukit Gantang anjuran Pemuda Pas Bukit Gantang di Markas Pemuda PAS, DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mendedahkan apa yang dibisikkan Raja Nazrin itu, meskipun mungkin tidak sepenuhnya tetapi cukup mengejutkan.
Hadirin terkedu mendengarnya, Nizar bercerita dari awal.
Raja Nazrin menitahkan Nizar menghormati ucapan yang akan disampaikan, menitahkan semua adun Pakatan Rakyat duduk (semasa itu ramai berdiri di kawasan bentara berhadapan kerusi yang diduduki Raja Nazrin).
Nizar bertitah jika Nizar masih berharap untuk bekerjsama dengan baginda, maka Nizar hendaklah mengarahkan adun PR duduk di tempat masing-masing.
Nizar terus memberikan arahan taat setianya pada Raja Nazrin kerana sesungguhnya beliau dan adun Pakatan tidak sedar bahawa Raja Nazrin telah memasuki dewan semasa keadaan kelam kabut itu.
Semua adun PR dengan taat duduk mendengar titah ucapan.
Sehabis titah ucapan, Nizar yang berada di kerusi paling terkedepan (kerusi MB), terus melangkah keluar untuk mengiringi Raja Nazrin. Pada kesempatan itu, Baginda sempat bertukar pertanyaan hal-hal peribadi seperti bertanyakan hal cucu pada Nizar.
Nizar terus mengiringi hingga ke lif.
Pada saat memasuki lif, Nizar dijerkah oleh Dato SS Abdul Rahman Hashim supaya tidak mengikuti Raja Nazrin. Namun Raja Nazrin terus mempelawa Nizar masuk mengiringi baginda dalam lif.
Inikah yang dikatakan Nizar durhaka?
Beradab ke SS menjerkahi Nizar di hadapan Baginda?
Ampun Tuanku
Sembah Patik harap diampun
-