"Jika Speaker DUN tidak berhak dan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, maka apa gunanya jawatan Speaker ?"

Jika jawatan Speaker tidak dihormati lagi, maka bawa dan letakkan lah seekor keldai menduduki kerusi Speaker supaya Zambry berbuat apa sahaja kehendaknya," demikian tegas V Sivakumar, Speaker DUN Perak.

Sivakumar berkata demikian dalam blognya sebagai mengulas agenda persidangan Dun 7 Mei yang telah diedarkan pada Adun-adun Khamis 30 April.

Agenda Sidang DUN.

Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)

URUSAN MESYUARAT

I) Doa

II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.

III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.

IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

V) Usul-usul yang telah diberi notis:

i) Usul pelucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

ii) Usul pelantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.

VI) Penangguhan