Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - - perak catat sejarah komanwel pecat speaker?

KOTA BHARU: Mungkinkah apa yang dilakukan kerajaan kudeta BN di Perak sekarang seumpama kata bidalan ‘berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap’.

Lebih mengaibkan lagi apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim dan setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri tiba-tiba mengambil alih tugas Speaker, V Sivakumar.

Mengenai cadangan Menteri Besar kerajaan kudeta, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir mengusulkan Speaker baru, pada sidang Dun 7 Mei itu, beliau berkata “Inilah satu keanehan yang berlaku di Perak dan ia akan tercatat sebagai sejarah dalam negara Komanwel jika Speaker membenar undi tidak percaya terhadapnya.

“Speaker juga mempunyai hak mutlak menentukan susunan urusan Dun di mana terdapat beberapa keadaan yang membolehkan Speaker menolak usul yang dibawa oleh mana-mana Adun,” kata bekas Speaker Dun Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Beliau yang mempunyai lebih 10 tahun sebagai Speaker berkata, tindakan Adun BN mengemukakan usul tidak percaya kepada Sivakumar secara jelas menggambarkan politik buli yang Umno amalkan masih menebal.

Baru-baru ini Dr Zambry mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha Dun Perak untuk melucutkan Sivakumar dan melantik Speaker baru pada persidangan Dun yang akan bermula Khamis ini.

Wan Rahim berkata, Sivakumar tidak boleh dipecat selagi beliau mampu menjalankan tugas dengan baik dan mengikut peraturan Dewan atau undang-undang Tubuh Perak.

“Ini kerana amalan Speaker dari kalangan pembangkang bukannya perkara luar biasa di negara Komanwel. Di England pernah berlaku Speaker dari parti Konservatif ketika parti Buruh memerintah.

“Namun Umno tidak bertamadun apabila mahu memecat Speaker kerana alasannya berlainan parti. Mereka sedang bermain sandiwara untuk melantik Speaker lain,” katanya.

Beliau juga berkata pada persidangan Dewan Rakyat sebelum ini, Speaker menolak usul undi tidak percaya yang dibawa Pakatan Rakyat terhadap Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika masih menerajui kerajaan.

Begitu juga katanya. di Dun Melaka,Speaker menolak usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri.

“Usul undi tidak percaya boleh berlaku tetapi bagi Speaker ia merupakan tindakan yang tidak sopan selagi Speaker boleh menjalankan tugas yang diamanahkan,” katanya sambil menegaskan bahawa terpulang kepada Speaker untuk membuat keputusan menerima atau tidak usul yang akan dibawa wakil rakyat BN di Perak.

Tags:

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers