Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politik perak - MAT SABU DITAHAN POLIS

Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Polis menahan Naib Presiden Pas Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham dan seorang lagi aktivis yang belum dikenalpasti hari ini.

Mohamad, atau dikenali juga sebagai Mat Sabu, ditahan jam 3.10 petang, di Jalan Pahang Barat di sini, manakala Badrul dan aktivis itu jam 2 petang di Putrajaya.

Mereka ditahan sehari sebelum persidangan DUN Perak dan sehari selepas penahanan aktivis Wong Chin Huat. Wong ditahan semalam kononnya atas sebab hasutan kerana menggesa rakyat Malaysia berpakaian hitam esok sebagai protes terhadap rampasan kuasa BN di Perak.

Sekumpulan anggota polis dipercayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, dikatakan menyerbu sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau sebagai tidak bertamadun. Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

“Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota polis yang ramai,” ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers