Khalid pula hanya mula bertanding pada pilihan raya 1986 dan selepas itu diikuti pula pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008.
Tidak sepertimana Shahrir, Khalid tewas di ketiga-tiga percubaan dan hanya berjaya pada percubaan keempat pada tahun 2008 di parlimen Shah Alam dengan menumpaskan penyandang kerusi yang juga menteri pusat, Datuk Sri Aziz Shamsuddin.
Sementara itu di Utara tanah air, kita juga bakal menyaksikan satu lagi pertembungan antara dua bersaudara iaitu antara Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, 49, dan juga abangnya Datuk Sahlan Ismail, 54, yang merupakan setiausaha politik kepada perdana menteri.
Saifuddin buat masa ini adalah ahli parlimen Machang Kelantan.
Kali ini, Saifuddin disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baru. kerusi yang kini disandang oleh Datuk Zulkifli Nordin yang melompat keluar PKR.
Sementara abangnya, Sahlan Ismail, disebut-sebut akan diletakkan bertanding di Parlimen Pokok Sena atau pun Dewan Undangan Negeri Bukit Lada.
Pokok Sena adalah tempat asal keluarga Saifuddin dan abangnya itu.
Kerusi Pokok Sena kini disandang Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz pertama kali memenangi kerusi itu pada tahun 1999 tetapi kemudian tewas pada 2004 sebelum merampasnya semula pada 2008.
Berbanding Saifuddin, Sahlan agak terkemudian bergerak aktif dalam politik kepartian walaupun sebelum ini beliau sudah dikenali sebagai seorang fisilitator dan aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau telah berkhidmat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pegawai khas sejak 1995 lagi sebelum diangkat sebagai setiausaha politik pada April 2008.
(MStaronline)
0 comments