Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis Tahun Baru Cina anjuran Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) disambut dengan plakad ‘I Love New PM’ (Saya Sayang Perdana Menteri Baru)


Pengunjung berkenaan, Jimmy Wong, 34, berkata, rakyat bosan dengan pentadbiran Umno BN dan berharap sempena sambutan tahun baru kali ini, Perdana Menteri bertukar dan bukan lagi dari BN.
“Saya tak takut atau malu untuk bawa plakad ini. Apa salahnya. Sebab yang pilih Perdana Menteri adalah rakyat,” katanya yang memakai t-shirt Bersih.
“Tiga kilang – Lynas (Kuantan), Bukit Koman dan (Rapid) Pengerang, mesti ditutup,” kata Jimmy yang lebih menekankan kepada isu alam sekitar.
Bagaimanapun, Najib Razak datang sejam awal hingga mencetus persoalan sama ada Perdana Menteri itu berbuat demikian kerana tidak berani bertembung atau bertentang mata dengan Ketua Umum KEADILAN itu.

Anwar yang tiba bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah diiringi Adun Kajang, Lee Kim Sin dan disambut Pengerusi Dong Zong, Yap Sin Tian, turut dikerumuni rakyat yang mahu bersalaman.
Turut hadir Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli.

0 comments