Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Rahman Maidin masuk PAS.. Umno lagi melopong


(Rahman serah borang kepada Haji  Hadi)

Belum reda suara DS Najib Razak berdegar-degar laung PAS tidak betul dalam perjuangannya, beberapa tokoh yang pernah berkhidmat dalam kerajaan termasuk ahli perniagaan terkenal menyertai PAS malam tadi. Ia satu temparan hebat kepada Umno.

Sedang Najib merayu Melayu menyokong Umno, mantan Pengerusi konglomerat media negara (MRCB) dan juga mantan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Abdul Rahman Maidin umumkan sertai PAS.

Tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut berbuat demikian, termasuk 
 bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)


Dua lagi adalah bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institut Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.

Mereka menyerahkan borang menyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.
(Haji Nasir serahkan borang)

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ia satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya. 

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers