Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politics sketsa - Persidangan Umno penuh dengan maki hamun dan jeritan sasau..



Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru sahaja selesai.Penulis merupakan salah seorang pemerhati politik yang tidak pernah 'miss' mengikuti perjalanan PAU setiap tahun.

Apa yang dapat dirumuskan, PAU kali ini lebih dipenuhi dengan ucapan yang terjerit-jerit, penuh emosi, ampu-mengampu dan sebagainya lagi.

Ucapan Presiden UMNO sendiri sewaktu merasmikan pembukaan persidangan rabu lalu terjerit-jerit kononnya penuh semangat. Malah ucapan penggulungan semalam (sabtu) pun lagi menjerit-jerit. Lebih malang lagi jeritan melampau dibuat melampaui waktu maghrib yang sedang berkumandang azan.

Berbeza dengan Timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang agak bersahaja dan kurang emosi.

Gaya dan tonasi suara Najib seolah-olah menggambarkan beliau  seorang pemimpin yang sangat bimbang akan kehilangan kuasa. Malah struktur ucapan Najib yang banyak meninggi suara menggambarkan bahawa beliau seorang pemimpin yang gelabah dan kelam-kabut. Apa yang nak dikejarnya? Apa yang nak dirisaunya? Sedangkan apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut beliau, tersiar secara langsung di kebanyakkan siaran Televisyen dan radio.
Hasil dari nada ucapan terjerit ini, tidak hairanlah ucapan beberapa Naib Presiden UMNO seperti Shafie Afdhal, Hishamuddin dan Zahid Hamidi pun turut berucapan penuh jeritan dan beremosi.

Lebih mengecewakan lagi, kebanyakkan ucapan yang disampaikan dari peringkat bawahan hinggalah keperingkatan ucapan Presiden, isi ucapan tak lebih dari mengulangi semula semua isu yang telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Mendengar mereka berucap, seakan-akan mendengar benda yang serupa. Ahli-ahli UMNO seolah-olah diperbodohkan dengan ucapan 'recycle' seperti ini.

Najib sebagai contoh, menceritakan keburukan dan kononnya kelemahan setiap negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai gagal dengan mengaitkan Kedah gagal menunjukkan pentadbiran yang bai, Selangor gagal bantu ibu tunggal, Pulau Pinang gagal bantu orang Melayu dan Kelantan gagal tangani isu air.

Mengapa isu-isu selemah ini boleh menjadi modal Najib untuk berucap? Tidakkah Najib mengetahui akan perebutan kuasa yang masih berlaku secara senyap-senyap di Perlis dan Terengganu? Selamatkah Ahmad Said yang masih didendami Idris Jusoh? 

Bagaimana pula dengan Nasib ibu tunggal di negeri lain? Terbela kah?

Bagaimana pula dengan kualiti air di negeri Pahang yang masih kotor dan paling memalukan krisis air di tanah-tanah rancangan Felda masih berterusan hingga kini. Paling malang, ianya berlaku di negeri kelahiran Najib.

Melayu Pulau Pinang tidak terbela? Melayu manakah tidak terbela wahai Najib? Dulu Tsu Koon perintah Pulau Pinang, semua Melayu terbela kah? Berapa peruntukkan BN ketika itu untuk membantu agama Islam? Cuma RM12 juta setahun sedangkan melalui DAP kini diberi RM64 juta setahun. Siapakah yang lebih baik?

Kebanyakan ucapan Najib banyak yang memakan dirinya sendiri. Beliau telah mengkritik Buku Jingga Pakatan Rakyat yang memasukkan fasa menghapuskan ISA bila perintah Malaysia nanti. Kata Najib, kerajaan barisan Nasional terlebih dahulu mansuhkan ISA sekarang. Ternyata ahli UMNO dibodohkan sekali lagi. Elok rasanya dibuat sessi lawatan ahli UMNO ke Kem Tahanan Kemunting untuk melihat sendiri betapa Presiden mereka bukan sahaja tidak tepati janji malah pembohong besar!!! -PEJUANG RAKYAT.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers