Umno wajib memberi jaminan kepada MCA bahawa mereka sesekali tidak akan bersekongkol dengan PAS untuk menyokong pelaksanaan hukum Hudud. Jika parti berteraskan Melayu itu gagal berbuat demikian, maka bersiaplah mengalami kekalahan lebih teruk pada PRU13.
Jika Umno tidak membuat pendirian jelas, maka ahli MCA tidak mengundinya BN lagi pada PRU depan.
Ini berasaskan kenyataan Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow yang menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.
"Ekoran pertimbangan agama, anggota parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang (hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk pindaan perlembagaan."
Walaupun mengakui anggota parlimen beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan dibentangkan.
-
0 comments